Categories
Panduan Pengguna Onexox

ADUAN GANGGUAN COVERAGE ONEXOX

Home » Panduan Pengguna Onexox » ADUAN GANGGUAN COVERAGE ONEXOX

Signal ONEXOX lemah di tempat anda? Jangan risau, dalam tips kali ini kami berikan panduan cara nak buat aduan gangguan coverage ONEXOX di tempat anda. Kebiasaan gangguan coverage telefon disebabkan beberapa perkara seperti berikut iaitu:

  • Pengguna bertambah = line congested/sesak = berlaku intermittent = drop call.
  • Site mungkin down atau servis degraded, biasa terjadi bila site ada equipment faulty atau ada mangkuk vandalised site.

Mana-mana telco gergasi pun tidak dapat elak dua benda ni. Jadi bawa bertenang. Berikut kami berikan tips bagaimana nak buat aduan gangguan coverage ONEXOX di tempat anda. Sebelum anda buat aduan kepada customer service, terlebih dulu anda perlu periksa setting APN telefon pintar anda. Anda boleh rujuk link di bawah untuk dapatkan setting APN untuk simkad ONEXOX

CARA SETTING APN ONEXOXcara setting apn onexox

Sekiranya di kawasan anda mengalami signal yang lemah, anda boleh mengenalpasti terlebih dahulu dengan membuat semakan signal Celcom kerana ONEXOX menggunakan pencawang yang sama. Sekiranya Celcom juga mempunyai signal yang lemah, anda boleh berikan butiran yang kami perlukan untuk kami hantarkan aduan ini kepada pihak Celcom untuk tujuan penambahbaikan. Butiran yang diperlukan seperti di bawah :-

  • I/C number
  • Msisdn: nombor telefon yang menetap di kawasan tersebut.
  • Location Full address : (Alamat lengkap)
  • Landmark: (bangunan/menara berhampiran untuk dijadikan rujukan seperti hospital, sekolah atau lapangan terbang)
  • Phone Model: jenis model/nama telefon
  • Signal Bar: (2 atau 3 bar).
  • Mobile Data Signal
  • Error Message: (ie: no signal/ no coverage)
  • Date Occurred : (Tarikh gangguan coverage)
  • Time Occurred : (Masa gangguan coverage berlaku)
  • Frequency of occurrence : (kekerapan masalah berlaku)
  • Cell info displayed on phone : (3G/2G/E)

Anda boleh emailkan butiran di atas ke email cs@onexox.my. Sebaiknya anda cuba dapatkan 10 nombor yang menggunakan pencawang yang sama dari Celcom untuk mempercepatkan proses baikpulih di kawasan tersebut.

LIKE KAMI DI FBcara setting apn onexox

TIPS ADUAN GANGGUAN COVERAGE ONEXOX