Categories
Blog eSIM ONEXOX ONEXOX BLACK Promosi Terbaru ONEXOX

eSIM | eSIM XOX | ONEXOX eSIM PLAN

Home » Blog » eSIM | eSIM XOX | ONEXOX eSIM PLAN

e-SIM XOX untuk telefon pintar anda!! Selari dengan kepesatan teknologi yang semakin maju merentasi zaman, ONEXOX dengan bangganya melancarkan teknologi eSIM pada 27 Februari 2019. ONEXOX menyasarkan 100,000 pengguna teknologi ‘embedded sim’ (eSIM) di negara ini pada tahun ini.

 

pakej-XOX-e-sim-ONEXOX

 

Apakah itu eSIM?

eSIM adalah teknologi terbaharu yang membolehkan pengguna menggunakan talian nombor telefon tanpa kad simkad fizikal. Secara ringkasnya eSIM adalah teknologi yang mana setiap model telefon terkini seperti iPhone Xs, Xr dan Xs Max dan Google Pixel 3 mempunyai cip ‘Subscriber Identity Module’ (SIM) elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon berkenaan.

Pengguna tidak lagi perlu mengunjungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk mendaftar talian telefon mereka.
Pengguna hanya perlu melengkapkan semua langkah pendaftaran yang diberikan dan talian mereka akan diaktifkan serta merta. Pelancaran ONEXOX eSIM adalah selaras dengan usaha berterusan untuk menerapkan kemajuan teknologi serta mempromosi gaya hidup digital.

Pelanggan ONEXOX eSIM boleh menikmati penggunaan internet berkelajuan tinggi selama 24 jam sehari.

 

Produk ONEXOX eSIM

XOX eSIM boleh dilanggan untuk pendaftaran pakej prepaid dan Black.

 

Menerusi pelan ONEXOX BLACK dengan ciri utama ‘BURNPROOF’, data yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya tanpa sebarang pembaziran data.

Selain itu, pelan ONEXOX BLACK juga tidak mempunyai kontrak dan ia memberi peluang kepada pengguna talian komunikasi lain untuk menukar kepada ONEXOX BLACK apabila mereka memerlukannya.

 

Bagaimana untuk melanggan eSIM ONEXOX?

Mudah sahaja. Pengguna boleh melanggan ONEXOX eSIM secara atas talian.
Satu kod pengesahan/kod QR akan diberikan kepada pengguna untuk proses pengaktifan talian.

 

Adakah telefon anda menyokong ONEXOX eSIM?

Semasa proses pendaftaran XOX eSIM, portal akan menunjukkan senarai model telefon yang menyokong perkhidmatan ONEXOX eSIM ini untuk rujukan pengguna. Klik button di bawah dan dapatkan eSIM anda sekarang juga!

beli-eSIM-onexox-black

like-kami-di-fb