Categories
eSIM ONEXOX

What is eSIM Onexox

Tidak pasti apa itu eSIM? Tidak tahu faedah eSIM? Anda tidak perlu risau! Dalam post kali ini admin akan terangkan kepada semua pengguna simkad Onexox “Apa itu e-SIM XOX” atau What is eSIM Onexox?

e-SIM (embedded SIM) merupakan teknologi terbaharu di mana sesetengah model telefon terkini mempunyai cip ‘Subscriber Identity Module’ (SIM) elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon berkenaan. Dengan fungsi tersebut membolehkan anda menggunakan talian nombor telefon tanpa memerlukan kad SIM fizikal.

What is e-SIM Onexox?

Cara Tukar Simkad Fizikal Kepada e-SIM ONEXOX

Sekiranya anda dah guna simkad fizikal biasa ONEXOX dan anda berminat nak guna eSIM, anda hanya perlu ikut beberapa kaedah di bawah iaitu:

  1. Login Onexox Selfcare
  2. Klik Plan and SIM Card Management.
  3. Klik Yes untuk confirmation (Change Physical to eSIM).
  4. Select Device (peranti atau jenis handphone yang anda ada).
  5. Pilih pakej yang disediakan.
  6. Klik Change Now.

Anda juga boleh rujuk gambar di bawah untuk tengok versi bergambar cara tukar simkad fizikal kepada eSIM ONEXOX

What is eSIM Onexox

Bagaimana Nak Langgan XOX e-SIM?

Anda boleh melanggan e-SIM ONEXOX secara atas talian (online) sahaja melalui link di bawah

Like kami di FB untuk dapatkan info dan update promo terbaru dari Onexox.

Categories
Blog eSIM ONEXOX ONEXOX BLACK Promosi Terbaru ONEXOX

eSIM | eSIM XOX | ONEXOX eSIM PLAN

e-SIM XOX untuk telefon pintar anda!! Selari dengan kepesatan teknologi yang semakin maju merentasi zaman, ONEXOX dengan bangganya melancarkan teknologi eSIM pada 27 Februari 2019. ONEXOX menyasarkan 100,000 pengguna teknologi ‘embedded sim’ (eSIM) di negara ini pada tahun ini.

 

pakej-XOX-e-sim-ONEXOX

 

Apakah itu eSIM?

eSIM adalah teknologi terbaharu yang membolehkan pengguna menggunakan talian nombor telefon tanpa kad simkad fizikal. Secara ringkasnya eSIM adalah teknologi yang mana setiap model telefon terkini seperti iPhone Xs, Xr dan Xs Max dan Google Pixel 3 mempunyai cip ‘Subscriber Identity Module’ (SIM) elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon berkenaan.

Pengguna tidak lagi perlu mengunjungi pusat perkhidmatan pelanggan untuk mendaftar talian telefon mereka.
Pengguna hanya perlu melengkapkan semua langkah pendaftaran yang diberikan dan talian mereka akan diaktifkan serta merta. Pelancaran ONEXOX eSIM adalah selaras dengan usaha berterusan untuk menerapkan kemajuan teknologi serta mempromosi gaya hidup digital.

Pelanggan ONEXOX eSIM boleh menikmati penggunaan internet berkelajuan tinggi selama 24 jam sehari.

 

Produk ONEXOX eSIM

XOX eSIM boleh dilanggan untuk pendaftaran pakej prepaid dan Black.

 

Menerusi pelan ONEXOX BLACK dengan ciri utama ‘BURNPROOF’, data yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan berikutnya tanpa sebarang pembaziran data.

Selain itu, pelan ONEXOX BLACK juga tidak mempunyai kontrak dan ia memberi peluang kepada pengguna talian komunikasi lain untuk menukar kepada ONEXOX BLACK apabila mereka memerlukannya.

 

Bagaimana untuk melanggan eSIM ONEXOX?

Mudah sahaja. Pengguna boleh melanggan ONEXOX eSIM secara atas talian.
Satu kod pengesahan/kod QR akan diberikan kepada pengguna untuk proses pengaktifan talian.

 

Adakah telefon anda menyokong ONEXOX eSIM?

Semasa proses pendaftaran XOX eSIM, portal akan menunjukkan senarai model telefon yang menyokong perkhidmatan ONEXOX eSIM ini untuk rujukan pengguna. Klik button di bawah dan dapatkan eSIM anda sekarang juga!

beli-eSIM-onexox-black

like-kami-di-fb