Categories
Berita Blog

Onexox Patuh Shariah

Home » Berita » Onexox Patuh Shariah

one-xox-patuh-shariah

 

Untuk makluman semua, pada 9 September 2016 yang lalu syarikat telah menerima Sijil Kepatuhan Shariah yang diiktiraf oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman (UZAR) selaku Pengerusi Jawatankuasa Shariah ONEXOX. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian ulung syarikat dalam industri telekomunikasi dan juga sebagai batu loncatan kepada kita semua untuk bergerak memasarkan ONEXOX dengan lebih yakin. Sedikit perkongsian, sebelum syarikat mendapat pengiktirafan ini, kaji selidik yang rapi serta perbincangan secara khusus telah dilakukan keatas pelbagai aspek bermula daripada laman website syarikat, setiap pelan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna, skim insentif UGU, pelan pemasaran yang ditawarkan kepada pengedar, sistem Onesys, semua boring yang digunapakai, terma dan syarat yang terkandung dalam kontrak perjanjian pengedar sehinggalah kepada hal ehwal kewangan syarikat bagi memastikan tiada unsur-unsur penindasan, gharar (ketidakjelasan/misleading) dan yang pentingnya hasil pendapatan syarikat adalah daripada sumber yang halal.

 

PENILAIAN KEPATUHAN SHARIAH

  1. Harga kad SIM dan tambah nilai:
  • Harga jualan kad SIM daripada pengedar kepada pengguna adalah RM10.
  • Harga jualan tambah nilai adalah berdasarkan kepada nilai muka.

Penilaian Shari’ah:

  • Akad ini adalah jual beli musawamah/mutlak diantara onexox selaku penjual dan pengedar selaku pembeli.
  • Ianya merupakan akad dimana penjual tidak menyebut harga pokok dan keuntungan yang diperolehinya.
  • Akad ini dan juga keuntungan runcit jualan yang diperolehi adalah sah disisi syara’.

 

2.  Pembelian ‘validity’ atau pemanjangan tempoh sah:

  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 6 bulan pada harga RM18.
  • Pengguna boleh membeli pemanjangan tempoh sah 12 bulan pada harga RM25.

Penilaian Shari’ah:

  • Akad kepada jual beli ini ialah berasaskan sewaan ( إِجَارَة ).
  • Pengguna membeli dan memiliki nombor, maka nombor tersebut telah menjadi hak pengguna.
  • Untuk menjadikan nombor pengguna tersebut aktif dan berfungsi, mereka perlu menyewa fungsi ‘validity’ iaitu tempoh sah yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Subjek ataupun barang sewaan ( المَعقُود عَلَيْهِ ) dalam hal ini adalah ‘validity’ iaitu tempoh sah kepada talian yang dihasilkan oleh sistem yang dimiliki oleh syarikat One XOX.
  • Tidak timbul isu tempoh sah bertindan kerana, tempoh hayat baru akan dikira selepas tamat tempoh sah yang sebelumnya.
  • Akad ini adalah sah disisi Syara’.

 

       3. Insentif ‘User-Get-User’:

  • Pembelian kad SIM berharga RM10 sebagai pengguna sudah melayakkan pengguna menikmati skim insentif ini.
  • Pengguna hanya perlu mengesyorkan ONEXOX kepada seberapa ramai kenalan tanpa had.
  • Pengguna layak mendapat insentif 6% daripada jumlah tambah nilai yang dibuat oleh kenalan yang disyorkan.
  • Tiada yuran, tiada caj tambahan dan tiada komitmen yang dikenakan.

Penilaian Shari’ah:

  • Insentif yang diberi kepada pengguna adalah upah ( اُجْرَةْ ) keatas usaha mempromosi ONEXOX.
    Tiada bebanan kepada pengguna.

 

 4. Caj pindahan kredit:

  • Caj yang dikenakan sekali sahaja untuk setiap pindahan kredit.
  • RM0.25 akan dicaj daripada penghantar, manakala RM0.25 lagi akan dicaj daripada penerima. Jumlah itu akan ditolak dari nilai sedia ada yang dimiliki oleh penghantar dan penerima.

Penilaian Shari’ah:

  • Caj ini adalah kos pengurusan untuk sistem berdasarkan konsep upah ( اُجْرَةْ ) atas servis yang diberikan oleh syarikat.
  • Caj ini juga telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
  • Kedua-dua pihak yang melakukan penghantaran dan penerimaan telah sepatutnya tahu berkenaan caj yang dikenakan, maka sebarang pindahan yang dilakukan bererti persetujuan semua pihak terlibat dengan kos yang dikenakan.

 

 5. Pelan Data (Internet):

  • Pelan data yang ditawarkan kepada pelanggan adalah kuota data berserta dengan tempoh masa. Ini berdasarkan pada terma ‘mana yang sampai dahulu’.
  • Sebagai contoh, pelan data 500MB untuk tempoh 30 hari:

Ini bermaksud, jika tempoh langganan sudah mencapai 30 hari walaupun kuota data masih berbaki, langganan pelan tersebut dikira tamat. Baki data tidak akan di bawa ke depan. Situasi lain, jika pengguna telah menghabiskan kuota data tersebut dalam tempoh 6 hari walaupun masih berbaki 24 hari, maka langganan pelan tersebut dikira tamat.

Penilaian Shari’ah:

  • Tiada isu ketidakjelasan ( الغَرَرْ  ) dalam hal ini kerana ia telah dimaklumkan kepada pengguna di laman web syarikat.
  • Subjek ataupun barang pembelian ( المَعْقُوْد عَلَيْه ) ialah pakej yang terkandung dalamnya data internet beserta dengan tempoh masa; ia adalah ibarat pembelian suatu makanan yang mempunyai tarikh luput.
  • Ianya bukan pembelian secara berasingan.

 

6. Pembelian ‘Season Pass’:

  • Jualan ‘Season Pass’ merangkumi pakej seperti panggilan, khidmat SMS dan data internet.

Penilaian Shari’ah:

  • Pembelian data adalah secara pakej atau borong (bundle).
  • Akad adalah jual beli mutlak dan ianya adalah harus.

#Onexox Patuh Shariah