Categories
Panduan Pengguna Onexox Prepaid ONEXOX

CARA BELI SIMKAD ONEXOX PREPAID

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua rakyat Malaysia. Dalam post kali ini, pihak kami akan tunjukkan panduan lengkap cara beli simkad ONEXOX Prepaid secara online.

Anda semua amat dialu-alukan untuk membeli simkad Onexox secara atas talian kerana ia menjimatkan masa anda, mengurangkan risiko jangkitan covid 19 dan PALING PENTING kami berikan percuma kos penghantaran.

Nota

Untuk pelanggan sekitar kawasan Lembah Klang, pembelian simkad secara online yang dibuat sebelum jam 11.00 pagi akan dihantar pada hari yang sama (kecuali hujung minggu dan cuti umum).

Untuk pelanggan bukan dari kawasan Lembah Klang, simkad akan dihantar melalui pos atau kurier. Anda cuma bayar harga pembelian simkad dan pelan yang ingin dilanggan sahaja. Tiada caj pos dan penghantaran adalah PERCUMA! Simkad biasanya akan sampai dalam tempoh 2 hingga 3 hari waktu bekerja.

Cara Beli Simkad ONEXOX

Untuk beli simkad ONEXOX Prepaid secara online anda boleh ikut setiap langkah yang diberikan di bawah. Mudah sahaja.

  1. Langkah pertama sila klik button atau scan QR kod di bawah
cara-beli-simkad-onexox-prepaid-QR
  1. Seterusnya, sila pilih ONEXOX PREPAID.
1-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Seterusnya anda boleh pilih sama ada menggunakan nombor baru atau kekalkan nombor lama anda.
    • Klik SIGN UP NOW untuk beli Nombor Baru ONEXOX atau
    • Klik SWITCH NOW untuk daftar MNP (Kekal Nombor Sedia Ada)
  1. Seterusnya sila pilih amaun topup yang anda ingin topup untuk nombor anda. Anda juga boleh abaikan step ini jika anda tak nak lakukan sebarang tambah nilai.
  1. Langkah seterusnya sila pilih Exclusive Welcome Deals!
    • Untuk pelan ONEXOX Prepaid, anda MESTI beli bersama sekurang-kurangnya SATU pakej Welcome Deal yang ditawarkan supaya dapat tempoh sah 28 bulan secara PERCUMA!
    • Jika tidak, anda akan terlepas tawaran tersebut dan anda tak dapat menikmati tempoh sah panjang yang ditawarkan. Tempoh sah 28 bulan ini diberi sekali sahaja kepada semua pelanggan ONEXOX Prepaid yang baru mendaftar.
2-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Langkah seterusnya, sila pilih nombor baru ONEXOX yang dipaparkan. Sekiranya anda ingin pilih lain-lain nombor, anda hanya perlu klik button REFRESH sehingga anda jumpa nombor pilihan anda.
8-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Seterusnya sila isi Maklumat Pendaftaran Simkad ONEXOX dalam borang online yang disediakan. Sila pastikan anda isi semua maklumat dengan lengkap dan betul supaya tak berlaku sebarang isu dengan proses penghantaran dan pendaftaran simkad anda. Sila masukkan email yang aktif kerana maklumat tracking akan diberikan melalui email anda.
9-cara-beli-simkad-onexox-prepaid
  1. Sebelum klik button CHECK OUT, sila pastikan maklumat DEALER INFO adalah seperti di bawah. Ini bagi memudahkan pikah kami melakukan support sekiranya berlaku masalah.
7-cara-beli-simkad-onexox-prepaid

Like kami di FB untuk dapatkan info terkini dan promosi menarik dari ONEXOX.

Categories
Prepaid ONEXOX Promosi Terbaru ONEXOX ULTIMATE 35 XOX

PELAN ULTIMATE 35 ONEXOX PREPAID

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua pengguna simkad ONEXOX. Anda pernah dengar ULTIMATE 35 XOX? Kami berbesar hati memperkenalkan pelan terbaru ONEXOX prepaid buat anda. Tawaran yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Kami dengan bangganya mengumumkan pelancaran tawaran Pelan ULTIMATE 35 kepada semua pelanggan Onexox Prepaid.

Pelanggan kini boleh menikmati hotspot tanpa had dan data unlimited yang dihadkan kelajuan pada 3Mbps di bawah Dasar Penggunaan Adil (FUP) dengan harga hanya RM35.

Apa itu Pelan Ultimate 35 XOX?

  1. Plan Ultimate 35 XOX menawarkan peranti hotspot tanpa had dan data sepanjang hari dengan harga RM35 sahaja. Pelan ini menawarkan data tanpa had dan hotspot peranti tanpa had untuk semua pelanggan prepaid ONEXOX selama tiga puluh hari (Tempoh Sah). Istilah hotspot peranti tanpa had bermakna pelanggan boleh hotspot kepada seberapa banyak peranti yang pelanggan mahu dan berkongsi tarikh dengan sesiapa sahaja selagi terdapat data aktif.
  2. Untuk tujuan Pelan ini, data tanpa had di bawah pelan ini ditawarkan Fair Usage Policy (FUP) dan dihadkan pada data 50GB setiap bulan dalam tempoh sah.
  3. Tempoh sah laku pelan ini 30 hari adalah daripada langganan pelan yang berjaya. Pelan ini dilancarkan pada 18 November 2021 dan akan tersedia sehingga diberitahu kelak.
  4. Pelan ini hanya tersedia kepada yang berikut :
    • Pelanggan Prabayar ONEXOX baru (Pendaftaran Baru dan MNP)
    • Pelanggan Prabayar sedia ada
  5. Melainkan dinyatakan di atas, pelan ini tidakboleh digabungkan dengan sebarang tawaran yang lain.
  6. Pelan ini menawarkan hotspot tanpa had dan data tanpa had di mana kelajuan data akan dihadkan pada 3Mbps untuk setiap langganan.
  7. Pelan ini tidak boleh dipindahkan atau dikongsi dengan mana-mana nombor mudah alih lain.
  8. Untuk Pelanggan Baru Prepaid ONEXOX :
    • Bermula 18 November 2021, pelanggan prabayar ONEXOX yang baru akan layak untuk membeli Pelan Ultimate 35 sebagai Welcome Deal dalam tempoh 10 hari hari kalendar selepas pengaktifan simkad berjaya. Permintaan untuk membeli Pelan Ultimate 35 sebagai Welcome Deal selepas sepuluh hari kalendar tidak akan dilayan.
    • Setelah pertama kali berjaya membeli Pelan Ultimate 35 sebgai Welcome Deal, pelanggan baru sama ada mengaktifkan pelan Prabayar ONEXOX mereka melaluiMNP atau pendaftaran nombor baru akan menerima dua puluh lapan bulan tempoh sah dengan serta merta dan dilanjutkan dari tarikh pembelian.
    • Pelanggan yang menukar pelan dari ONEXOX BLACK ke ONEXOX PREPAID boleh membeli Pelan Ultimate 35 sebagai pakej Welcome Deal tetapi TIDAK layak untuk tempoh sah dua puluh lapan bulan.
    • Pelanggan yang ingin pengembalian semula akaun (reinstate) sama ada pengembalian semula untuk Prabayar ONEXOX atau ONEXOX BLACK kepada ONEXOX Prepaid layak untuk membeli pakej Welcome Deal dan tempoh sah dua puluh lapan bulan.
  9. Untuk pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada :
    • Pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada akan dapat melanggan Pelan Ultimate 35 ini pada bila-bila masa dengan syarat pelanggan tidak melanggan sebarang pelan data lain.

Ciri-Ciri Pelan Ultimate Data 35

1. Harga langganan RM35 (sah selama 30 hari)

2. Data besar sehingga 50GB (FUP)

3. Kelajuan data 3Mbps

4. Unlimited hotspot tanpa had peranti

5. 50 Minit Panggilan

6. Pembaharuan automatik (jika kredit mencukupi)

Jika langganan telah digunakan sepenuhnya sebelum 30 hari, pelanggan boleh membeli semula pelan Ultimate Data 35.

Terma dan Syarat

Untuk lihat Terma dan syarat pelan Ultimate 35 ONEXOX PREPAID : Sila KLIK DI SINI

Soalan Lazim

Untuk lihat soalan-soalan lazim pelan Ultimate 35 ONEXOX PREPAID : Sila KLIK DI SINI

Cara Langgan atau Beli Pelan Ultimate 35

Untuk langgan plan UNL 35, Sila KLIK DI SINI

Daftar Sekarang dan Dapatkan Pelan Prepaid Tanpa Had ULTIMATE 35

PELAN ULTIMATE 35 ONEXOX

Dah sedia untuk maju terusssss dengan #Ultimate35 baharu! Internet dan strim sepuasnya pada harga yang membingungkan!!! Data Tak habis-habis dan Tempoh sah tak mati-mati….

Like kami di FB untuk dapatkan info dan update promo terbaru dari Onexox.

Categories
Prepaid ONEXOX Prepaid Xox

AKAUN DA DAN MA

Dalam artikel kali ini kami akan membahaskan apa itu akaun DA dan MA di ONEXOX. Masih ramai pengguna simkad ONEXOX yang belum memahami tentang pembahagian DA dan MA yang diwujudkan untuk prepaid ONEXOX.

akaun da dan ma

DA bermaksud Akaun Dedikasi dan MA bermaksud Akaun Utama.

Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?

Dengan pelan fleksi 2 dalam 1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang berpatutan pada baki MA. Akaun MA adalah akaun kadar biasa manakala akaun DA adalah akaun jimat yang diwujudkan untuk pengguna merasai kadar cas yang lebih murah.

Akaun DA akan digunakan terlebih dahulu ketika anda membuat panggilan dan SMS sehingga habis, dan seterusnya baki kredit MA akan digunakan. Untuk langganan internet, kredit akaun MA akan digunakan terlebih dahulu, sekiranya tidak mencukupi kredit akaun DA akan diambil. Anda tak perlu pening fikirkan mekanisme baki kredit akaun mana yang akan digunakan kerana ianya automatik.

Pembahagian kredit Akaun DA dan Akaun MA

Setiap kali anda topup atau tambah nilai, pembahagian kredit akan berlaku seperti di bawah:

  • Topup RM10 : RM4 dikreditkan ke DA dan RM6 dikreditkan ke MA
  • Topup RM30 : RM20 dikreditkan ke DA dan RM10 dikreditkan ke MA
  • Topup RM50 dan ke atas : Semuanya dikreditkan ke DA

Tips Penjimatan untuk Prepaid ONEXOX

Kalau anda inginkan penjimatan lebih untuk segmen prepaid ONEXOX, anda boleh ikut tips di bawah:

  1. Top-up RM50 dan ke atas untuk memastikan semua kredit berada dalam akaun DA bagi mendapatkan kadar cas yang lebih murah tanpa risau kerana anda telah pon mendapat tempoh sah kredit yang panjang iaitu tidak perlu top-up setiap bulan. Guna kredit anda sehingga habis, baru anda top-up semula.
  2. Beli minit panggilan ketika Happy Hour atau Minit panggilan season pass sedia ada kerana kadar cas minit panggilan paling murah berbanding DA dan MA iaitu 9 sen seminit ke semua rangkaian

Ketelusan Kami di ONEXOX

Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan perbelanjaan telekomunikasi harian anda.

Daftar Sekarang dan Dapatkan Pelan Prepaid Terbaru Tanpa Had ULTIMATE 35

PLAN ULTIMATE DATA 35

Internet dan strim sepuasnya pada harga yang membingungkan!!! Klik link di bawah untuk dapatkan info lanjut plan ULTIMATE 35

Like kami di FB untuk dapatkan info dan update promo terbaru dari Onexox.

Categories
Prepaid ONEXOX

SIMKAD TEMPOH SAH PALING LAMA

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat kepada semua pengguna telefon bimbit di Malaysia tak kiralah telco mana yang anda guna sekarang. Dalam artikel kali ini, admin akan berkongsi satu tajuk yang sangat menarik iaitu simkad yang mempunyai tempoh sah paling lama di Malaysia.

Hampir kesemua pelanggan prabayar atau pasca bayar di Malaysia mempunyai budget bulanan yang tertentu untuk untuk plan telekomunikasi yang mereka langgan. Ada pelanggan inginkan unlimited data dan panggilan tanpa had dengan budget yang rendah. Ada juga yang inginkan simkad yang mempunyai tempoh sah atau validity yang lama kerana mereka jarang menggunakan telefon dan kerap lupa topup.

Mengapa Tempoh Sah Yang Lama Amat Penting Kepada Pelanggan?

Ada beberapa sebab utama kenapa pengguna inginkan simkad dengan tempoh sah yang paling lama. Jika ikut plan sedia ada dari pelbagai telco di Malaysia, sekiranya pelanggan terlupa topup untuk jangka masa tertentu simkad tersebut akan terminate dan menyebabkan pelanggan hilang nombor kesayangan mereka. Di samping itu, budget bulanan yang kecil juga menyebabkan pelanggan tercari-cari plan simkad yang mempunyai tempoh sah terpanjang di Malaysia.

ONEXOX PREPAID Berikan Anda Tempoh Sah Sehingga 2 tahun 4 bulan

Untuk menyelesaikan masalah ini, ONEXOX tampil dengan plan prepaid yang menawarkan tempoh sah atau validity paling lama (panjang) di Malaysia. ONEXOX berikan tempoh sah sehingga 2 tahun 4 bulan atau 28 bulan kepada semua pelanggan baru ONEXOX.

Bukan sahaja tempoh sah yang panjang, segala kredit, SMS, data dalam season pass dan minit panggilan yang tidak digunakan akan kekal sampai 28 bulan. Ianya tidak hangus. Sehingga kini tiada telco lain yang berani berikan tempoh sah kredit paling lama seperti ONEXOX. Inilah ciri unik dan tersendiri ONEXOX prepaid yang tiada di telco lain pesaingnya.

Bagaimana Nak Langgan Validity 28 Bulan ONEXOX?

Hanya satu syarat sahaja untuk pelanggan dapatkan tempoh sah aktif sepanjang 28 bulan iaitu hanya perlu buat langgan Welcome Deal.

Semua nombor Onexox Prepaid sama ada nombor baru atau MNP (kekalkan nombor lama) boleh mendapat tempoh sah aktif 28 bulan dengan membeli Welcome Deal.

Anda boleh KLIK DI SINI untuk dapatkan info cara langgan welcome deal ONEXOX.

Beli Simkad Prepaid ONEXOX Hari Ini Juga!

simkad tempoh sah paling lama

Dengan langganan mana-mana pakej welcome deal, pengguna layak dapat tempoh sah sehingga 28 bulan. Bayaran hanya sekali seumur hidup untuk dapatkan tempoh sah kredit yang panjang dan penjimatan luar biasa!

NOTA

Jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami bila-bila masa. Klik sahaja link whats app untuk pertanyaan.

ONEXOX #XOXMalaysia #OutThereWeAreOne #ONEXOXBantu #Staysafe #Stayathome #OnexoxCares #KitaJagaKita #MenangBersama #JaringanPrihatin #LindungDiriLindungSemua

Like kami di FB untuk dapatkan info dan update promo terbaru dari Onexox.

Categories
Blog Prepaid ONEXOX

ONEXOX TEMPOH SAH 28 BULAN

Onexox Prepaid berikan anda tempoh sah sehingga 28 bulan. Anda inginkan simkad prepaid yang kekal aktif 2 tahun 4 bulan walaupun tidak topup? Jawapannya, anda boleh dapatkan simkad ONEXOX PREPAID! Anda boleh guna nombor baru atau kekalkan nombor lama. Sekiranya anda sedang menggunakan talian pasca bayar (bil bulanan) dari lain-lain telco dan anda ingin tukar ke ONEXOX PREPAID, kami boleh uruskan. Mudah sahaja!

Kenapa Telco Lain Tak Berikan Tempoh Aktif Simkad Yang Panjang?

Telco lain berebut-rebut bagi unlimited call dan unlimited data. Tetapi telco tersebut tak berani nak berikan peluang ‘Tempoh Sah’ yang panjang untuk pengguna habiskan data atau call yang ‘unlimited’ tu. Mengapa telco lain tak berikan tempoh sah yang panjang?

Telco lain tak berani lakukan apa yang ONEXOX buat. Kenapa? Jawapannya sebab kewajipan topup setiap bulan adalah ‘Lubuk Duit’ bagi mereka. Pengguna terpaksa topup selalu untuk gunakan data dan call yang unlimited tersebut.

SENARIO..

Anda pernah makan Buffet Ramadhan bayar RM100 untuk makan ‘Unlimited’ tapi rupanya bila kira balik tak sampai RM50 pun yang anda makan? Kisah ni sama macam offer unlimited dalam industri telco ni.

APA YANG ONEXOX BERI?

Sebagai contoh ONEXOX tawarkan anda bayar RMXX dan anda boleh makan selagi tak habis. Esok boleh datang lagi makan. Lusa boleh datang lagi. Selagi tak habis, makanlah apa yang anda dah bayar tu. Ehh.. kalau masih tak habis boleh kongsi dengan kawan tak? Ya boleh jer. Anda boleh kongsikan dengan rakan-rakan anda. Yang penting apa yang anda bayar, anda boleh habiskan. Ini yang dikatakan semua minit panggilan, SMS dan data carry forward ke bulan depan sekiranya tidak habis digunakan. Perniagaan simkad di ONEXOX adalah berlandaskan kepatuhan syariah. Tidak ada penindasan! Anda boleh rujuk fasal kepatuhan syariah di sini.

Semoga pembacaan anda bermanfaat. Kami di ONEXOX sentiasa membantu anda untuk berjimat. Jom tukar simkad anda ke ONEXOX PREPAID. Topup sekali masa pendaftaran dan beli pakej Welcome Deal untuk dapatkan tempoh sah sehingga 28 bulan.

  1. Boleh beri anak-anak sekolah guna
  2. Boleh bagi mak ayah kat kampung guna
  3. Nak buat simkad kedua untuk backup pun boleh jika talian utama anda bermasalah

Kelebihan ONEXOX PREPAID

  1. Kredit, data, minit panggilan dan SMS boleh simpan sehingga 28 bulan.
  2. Semua data, minit panggilan dan sms dalam season pass juga boleh dikongsi dengan pengguna Onexox yang lain.

Bagaimana Nak Langgan ONEXOX PREPAID?

Mudah sahaja. Untuk tempahan dan langganan, klik button di bawah. Percuma kos penghantaran. Pihak kami serap kos penghantaran simkad ke rumah anda.

Beli Simkad

Jangan lupa LIKE FB kami di Facebook untuk dapatkan info dan promosi terkini dari Onexox

Categories
Prepaid ONEXOX Promosi Terbaru ONEXOX

Pakej Promosi Prepaid Terbaru ONEXOX

Mulai 8 Ogos 2019, ONEXOX menawarkan lagi beberapa promosi istimewa terbaru pakej prepaid kepada setiap pengguna baru ONEXOX. Promosi ini sah sehingga tempoh dimaklumkan nanti.

Antara pakej tambahan prepaid ONEXOX terbaru adalah pakej-promosi-prepaid-terbaru-onexoxSP FAT5GB + 100mins yang bernilai RM30, SP FAT20 yang bernilai RM30 dan pakej-prepaid-terbaru-onexoxSP FAT 10GB + 333mins yang bernilai RM50. Sila rujuk gambar di bawah untuk dapatkan info mengenai pakej prepaid terbaru ONEXOX.

pakej-promosi-terbaru-xox

Pakej Promosi Prepaid Terbaru ONEXOX

Dengan langgan mana-mana pakej di atas, setiap pengguna baru ONEXOX layak mendapat validity 2 tahun 4 bulan. Ada beberapa cara lain untuk dapat tempoh sah 28 bulan iaitu :

  1. Topup RM50 sekaligus atau topup terkumpul RM50 dalam tempoh 30 hari sebaik sahaja pendaftaran berjaya.
  2. Kekalkan nombor lama(MNP) anda dari lain-lain telco ke ONEXOX melayakkan anda dapat validity 28 bulan.

 

Dapatkan Segera Simkad ONEXOX Prepaid Untuk Lebih Penjimatan Dan Lebih Keuntungan Dengan Hanya RM10 Sahaja.

Hanya RM10.00 Sahaja

(Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

Bayaran Hanya Sekali Seumur Hidup Untuk Dapatkan Tempoh Sah Yang Panjang Dan Penjimatan Luar Biasa!

simkad-onexox-prepaid

 

Pakej Promosi Prepaid Terbaru ONEXOX

 

plan-xox-black-b89db

Hak Cipta Terpelihara XoxPrepaidPlan.com

Categories
Prepaid ONEXOX Promosi Terbaru ONEXOX

Welcome Deal Onexox Prepaid

Promosi Welcome Deal

Welcome Deal adalah plan promosi yang diberikan kepada semua pengguna baru Onexox prepaid. Promosi welcome deal menawarkan kuota data, minit panggilan dan SMS yang lebih murah kepada anda. Dengan langganan mana-mana pakej promo welco deal, semua pengguna baru Onexox prepaid akan dapat tempoh aktif 28 bulan secara automatik.

Promosi Welcome Deal hanya ditawarkan untuk pelanggan baru yang mendaftar melalui Pek Permulaan Nombor Baru atau MNP (Kekal Nombor Lama).

Langganan pertama Welcome Deal melayakkan pengguna dapat Tempoh Aktif 28 Bulan. Pelanggan baharu boleh membeli mana-mana pakej Welcome Deal yang ditawarkan setelah simkad diaktifkan.

pakej-welcome-deal-one-xoxPakej Promosi Welcome Deal Prepaid ONEXOX

  • SP FAT10 (10GB+10GB) – SEMUA data 10GB akan diaktifkan terus dan valid 30 hari. Baki 10GB data lagi akan dimasukkan ke dalam Season Pass.
  • SP FAT10M (10GB+333Minit) – SEMUA data 10GB dan masa berbual 333 minit akan dimasukkan ke dalam Season Pass.
  • SP FAT20 (20GB) – SEMUA data 20GB akan diaktifkan terus dan sah 30 hari.
  • SP FAT5M (5GB+100Minit) – SEMUA data 5GB dan masa berbual 100 minit akan dimasukkan ke dalam Season Pass.
  • SP FATVOICE (333Minit) – 333 minit akan dimasukkan ke dalam Season Pass.

promosi-welcome-deal-onexox-prepaid

Cara Beli atau Langgan Welcome Deal

Anda boleh beli atau langgan promosi Welcome Deal melalui SMS dengan menghantar kod langganan di bawah ke 22111 atau 23388.

Kod langganan seperti di bawah:

  • SP FAT5M untuk beli Data 5GB + 100 Minit
  • SP FATVOICE untuk beli 333 Minit Panggilan
  • SP FAT20 untuk beli Data 20GB
  • SP FAT10 untuk beli Data 10GB + 10GB
  • SP FAT10M untuk beli Data 10GB + 333 Minit

Contoh langganan:

Taip SMS : SP FAT10 dan hantar ke nombor 22111 atau 23388

Nota:

  • Data yang diaktifkan sah untuk tempoh 30 hari.
  • Pengguna masih boleh melanggan lebih daripada satu pakej dengan syarat, tiada data aktif semasa langganan berikutnya dibuat.
  • Tempoh masa langganan Welcome Deal adalah sama 10 hari.
  • Dengan langganan mana-mana pakej Welcome Deal di atas, setiap pengguna baru ONEXOX layak mendapat validity 2 tahun 4 bulan.
  • Struktur insentif SSP untuk pengedar masih sama, tiada sebarang perubahan.

Dapatkan Segera Simkad ONEXOX Prepaid Untuk Lebih Penjimatan Dan Lebih Keuntungan Dengan Hanya RM10 Sahaja.

Hanya RM10.00 Sahaja

(Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja)

Bayaran Hanya Sekali Seumur Hidup Untuk Dapatkan Tempoh Sah Yang Panjang Dan Penjimatan Luar Biasa!

pakej promosi welcome deal onexox prepaid

Beli-welcome-deal-onexox

promosi welcome deal onexox

Hak Cipta Terpelihara XoxPrepaidPlan.com

Categories
Prepaid ONEXOX

What is XOX Prepaid

XOX Prepaid is the longest validity prepaid plan in Malaysia. Powered by XOX MOBILE, ONEXOX is a prepaid mobile plan that offers blazing fast 4G LTE with Superb Savings. The Starter Pack recommended retail price is RM10 and comes with preloaded RM5 credit, 4G LTE and 1800 Free SMS upon SIM activation.

ONEXOX offers flexible plans to meet your daily telecommunications needs. In addition to regular competitive rates, we also offer lower savings rates when credit balances in your Dedicated Account are used. Some added value-added denominations will be split into Dedicated Accounts and Primary Accounts to save you money.

Still top up every month to extend your mobile plan validity? Here’s how you can get 28 Months Validity

What is XOX Prepaid

Top up RM50 within 30 days

What is XOX Prepaid

MNP/Switch over from other telcos to ONEXOX PREPAID

What is XOX Prepaid

Purchase at least one Welcome Deal

XOX Prepaid Product

Fat Data Plan

One of the VALUE FOR MONEY data plans in town. Not only that, all plans are specifically designed to fit your different needs in any situations.

what-is-xox-prepaid

Season Pass Account

The FIRST in the market for you to utilise Data, Voice and SMS in the way that you want. You can purchase, store, subscribe and share ALL you Season Pass balance in whatever ways you wish

.what is xox prepaid

Flexible DA/MA Account

The more you reload, the cheaper the rate and the more MONEY you save with ONEXOX Prepaid duals accounts mechanism.what is one xox prepaid

what is xox prepaid

Welcome Deals

Sign up now and receive an exclusive deal as GIFT to join our XOX Family.

what is xox prepaid

Categories
Prabayar ONEXOX Prepaid ONEXOX Simkad OneXOX

BELI SIMKAD ONEXOX

beli-simkad-xox-prepaid

BELI SIMKAD ONEXOX prepaid sekarang juga. ONEXOX berikan anda penjimatan dan kelajuan internet yang luar biasa. Beli simkad secara online dan ONEXOX tidak kenakan caj penghantaran. Terima kasih dan tahniah kerana anda telah mengambil keputusan bijak untuk beli simkad Super Jimat Onexox prepaid. Kami menghormati pilihan anda. Kami akan tunjukkan panduan langkah demi langkah bagaimana anda boleh beli simkad ONEXOX prepaid secara online. Anda boleh buat pilihan sama ada menggunakan nombor baru ONEXOX atau mengekalkan nombor kesayangan anda.

Simkad SP ONEXOX (Nombor Baru)

beli-simkad-one-xox

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

1. Boleh pilih nombor baru Onexox.
2. Internet terpantas.
3. Kredit tersedia RM5.00 (Akaun MA).
4. PERCUMA 1800 SMS untuk setahun.
5. Kadar panggilan serendah 5 sen!
6. Peluang dapat tempoh sah simkad adalah 28 BULAN.(T&C)
7. Kadar istimewa kepada 10 kenalan anda tidak kira mana-mana rangkaian!

beli-simkad-prepaid-one-xox

pakej promosi PENGEDAR ONEXOXMulai 1 September 2018, pendaftaran nombor baru (SP) Onexox, layak dapat tempoh sah 28 bulan SERTA MERTA dengan langganan mana-mana pakej Welcome Deal ONEXOX. Klik button Pesan Sekarang untuk pilih nombor starter pack baru Onexox.

Harga Simkad = RM10
Postage = PERCUMA
Jumlah = RM10

beli-simkad-onexox-black
pakej promosi pengedar onexox PERINGATAN : Pastikan anda masukkan emel yang aktif semasa pendaftaran simkad

Simkad MNP ONEXOX (Kekalkan Nombor Lama)

tempahan-simkad-MNP-one-xox

APA YANG ANDA AKAN DAPAT?

1. Boleh kekalkan nombor telefon kesayangan anda.
2. Internet terpantas.
3. Kredit tersedia RM5.00 (Akaun MA).
4. PERCUMA 1800 SMS untuk setahun.
5. Kadar panggilan serendah 5 sen!
6. PERCUMA dapat tempoh sah simkad adalah 28 BULAN.(T&C)
7. Kadar istimewa kepada 10 kenalan anda tidak kira mana-mana rangkaian!

Harga Simkad = RM10
Postage = PERCUMA
Jumlah = RM10

beli-simkad-onexox-black
pakej promosi pengedar onexox PERINGATAN : Pastikan anda masukkan emel yang aktif semasa pendaftaran simkad

SOALAN LAZIM PREPAID ONEXOX

SOALAN 1:

Bolehkah saya kekalkan nombor dari lain-lain telco ke ONEXOX?

JAWAPAN 1:

Ya sudah pasti anda boleh kekalkan nombor lama kesayangan anda ke ONEXOX. Syarat Kekalkan Nombor Lama (MNP-Mobile Number Portability)

Untuk pelanggan pasca bayar (POSTPAID):

  1. Pastikan anda ialah pemilik akaun.
  2. Langganan anda dalam berkeadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tiada ikatan kontrak oleh penyedia rangkaian sedia ada.
  3. Jika anda mempunyai talian tambahan, kesemua talian mesti dipindahkan bersama ATAU dipisahkan terlebih dahulu jika ada diantara talian tambahan tidak mahu dipindahkan.
  4. Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.

Untuk pelanggan prabayar (PREPAID):

  1. Pastikan anda ialah pemilik langganan.
  2. Sila pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
  3. Langganan anda dalam keadaan aktif.
  4. Sila rujuk kepada penyedia rangkaian anda jika terdapat sebarang kesulitan semasa memohon untuk MNP ke ONEXOX.

Nota:

Proses pengaktifan mengambil masa 1-5 hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.
Pengedar kami tidak dibenarkan menjadi wakil anda untuk berurusan dengan mana-mana pihak jika terdapat sebarang kesulitan semasa permohonan MNP.

SOALAN 2:

Saya berminat membuat pembelian simkad ONEXOX. Bagaimanakah caranya untuk saya dapatkan tempoh sah simkad 2 tahun 4 bulan atau 28 bulan?

JAWAPAN 2:

Syarat untuk dapatkan Tempoh Aktif 28 Bulan bagi Nombor Baru (PREPAID) adalah dengan melanggan pakej SP Welcome Deal dalam masa 10 hari dari tarikh daftar. Tempoh aktif 28 bulan akan berkuatkuasa serta-merta selepas melanggan salah satu pakej SP Welcome Deal berikut.

  • RM50 = 10GB + 333 MINIT (Kod SMS: SP FAT10M)
  • RM50 = 10GB + 10GB Free (Kod SMS: SP FAT10)
  • RM30 = 5GB + 100 MINIT (Kod SMS: SP FAT5M)
  • RM30 = 333 MINIT (Kod SMS: SP FATVOICE)
saya nak beli simkad prepaid onexox

ATAU anda juga buat tambah nilai sebanyak RM50 dalam masa 30 hari dari tarikh daftar. Tarikh bagi tempoh aktif 28 bulan akan dikemaskini dalam masa 14 hari.

# Beli Simkad ONEXOX PREPAID ONLINE

Categories
Bonus Kempen Prabayar ONEXOX Prepaid ONEXOX

ONEXOX SWITCH N’ WIN CAMPAIGN

Assalamualaikum dan Salam Hormat kepada rakyat Malaysia. Kini tibalah masanya dengan ONEXOX switch N’ win campaign. Baca sampai habis yer untuk meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah misteri.

MASALAH?

Simkad anda hampir tamat tempoh? ATAU anda bayar bil mahal untuk tempoh panggilan yang singkat?

SOLUSI

Inilah masanya untuk anda “Switch N Win” dengan OneXOX! Lagi berita baik buat bakal pengguna ONEXOX. Perhatian kepada semua rakyat Malaysia yang ingin bertukar telco ke ONEXOX. Ini adalah masa untuk Switch N ‘Win dengan XOX Mobile!

switch n win campaign ONEXOX

Anda boleh mendapatkan hadiah misteri bulanan yang menarik (sehingga 3 bulan) apabila anda Switch / Port-In kepada ONEXOX Prabayar atau Pelan Mudah Alih Nusantara Mobile dan membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 (Satu kali atau terkumpul) setiap bulan!

SYARAT DAN TERMA KEMPEN

  • Membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30.
  • Kempen terbuka kepada semua pengguna telco selain Celcom.
  • Promosi sah bermula dari 11/02/20 – 30/04/20.

Ayuh beralih kepada ONEXOX antara 11/02/20 – 30/04/20 untuk memenangi hadiah misteri! Kongsi kempen ini bersama keluarga & rakan anda!

like-kami-di-fb