Categories
Blog FAQ

SOALAN LAZIM TENTANG ONEXOX

Home » Blog » SOALAN LAZIM TENTANG ONEXOX

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG ONEXOX

Soalan 1 : Apa itu ONEXOX?
ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh ONE XOX Sdn. Bhd.

SOALAN 2 : Di mana saya boleh dapatkan simkad ONEXOX?
Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar ONEXOX yang dilantik. Anda boleh dapatkan simkad onexox dengan menghubungi wakil pengedar kami yang sah melalui link berikut http://xoxprepaidplan.com/daftar-pengedar-simkad-onexox/

SOALAN 3 : Berapa harga sekeping SIMKAD ONEXOX ini?
Simkad ONEXOX berharga RM10 sekeping dan mengandungi kredit/air time sebanyak RM5). Jadi modal anda sebenarnya cuma RM5 sahaja. Tempahan simkad boleh dibuat melalui link berikut http://www.xoxprepaidplan.com/daftar

SOALAN 4 : Bolehkah saya pilih nombor ONEXOX dan di mana saya boleh pilih nombor baru ONEXOX?
Ya, anda boleh pilih nombor Onexox. Untuk pilih nombor baru Onexox, klik link berikut http://www.xoxprepaidplan.com/daftaronexox

SOALAN 5 : Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor lama?
Ya. Anda boleh kekalkan nombor kesayangan anda. Proses ini dinamakan MNP.

SOALAN 6 : Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
Denominasi tambah nilai yang disediakan RM5, RM10, RM30 dan RM50.

SOALAN 7 : Di manakah saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
Anda boleh top-up prepaid ONEXOX daripada pengedar-pengedar sah ONEXOX, kedai 7 Eleven, Stesen minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai ‘XOX’ ketika membeli selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara perbankan online menerusi portal SELF CARE.

SOALAN 8 : Apakah service provider yang digunakan?
ONEXOX menggunakan service provider XOX dan menggunakan coverage Celcom. Di mana ada Celcom di situ juga ada ONE XOX.

SOALAN 9 : Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid ONEXOX ini?
Harga simkad OneXOX serendah RM10 sahaja.
Panggilan Short Call dan VoiceMail serendah 5 Sen Seminit
Data internet One XOX Berkelajuan Tinggi.
Tempoh sah kredit 28 bulan.
Blok Panggilan 30 saat. Penjimatan tahap maksimum.
1800 SMS PERCUMA Ke Rangkaian Yang Sama Untuk Pengguna Baru.
10 Friends dan Family untuk ke semua Telco.
Boleh kekalkan nombor kesayangan anda.
Plan Akaun Yang Fleksible iaitu DA dan MA.
Simkad ONEXOX serap caj GST.
Komisen 6% User Get User jika anda rekemen rakan anda guna prepaid ONEXOX.
Peluang menjana pendapatan pasif 4 – 5 angka sebulan sebagai pengedar simkad ONEXOX.

SOALAN 10 : Biasanya setiap Telco mempunyai kod USSD. Apakah kod USSD ONEXOX?
ONEXOX menyediakan kod USSD seperti berikut. Sila dail *150# dan ikut arahan yang diberikan.

SOALAN 11 : Apakah kadar panggilan dan SMS simkad ONEXOX?

kadar-panggilan-one-xox

 

SOALAN 12 : Bagaimanakah cara nak tebus SMS percuma daripada ‘Loyalty Point’?

Setiap kali anda topup, anda akan menjana loyalty point. Setiap ringgit bersamaan 1 point dan setiap 10 point yang telah anda kumpulkan boleh ditebus dengan 1 SMS percuma.

Cara menebus SMS percuma:

Sila taip
LYT<jarak>RED<jarak>SMS<jarak><bilangan SMS yang ingin ditebus>

Contoh: LYT RED SMS 12

dan hantar SMS ke 22111

SOALAN 13 : Bagaimanakah saya boleh menggunakan SMS percuma Onexox?
SMS percuma Onexox boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama (ONEXOX, XOX ) sahaja. Kadar rendah atau biasa (bergantung kepada baki kredit Akaun Dedikasi / Akaun Utama) bagi SMS dikenakan selepas kehabisan kuota SMS percuma. Rujuk terma & syarat DI SINI.season-pass-onexox

 

PAKEJ DATA ATAU INTERNET ONEXOX

SOALAN 1 : Apakah pelan data atau internet yang ditawarkan oleh Onexox?
Pelan data FAT memberikan anda lebih nilai dan saiz pembelian data yang lebih besar kepada anda.

pelan-data-baru-onexox-2017

 

 

 

 

 

Lihat detail di sini PAKEJ DATA ONEXOXonexox

SOALAN 2 : Siapa yang layak untuk melanggan pelan data FAT?
Semua pelanggan prabayar XOX.

SOALAN 3 : Bilakah pelan data FAT boleh mula dilanggan?
Bermula daripada 18/5/2017 12:00am sehingga diberitahu kelak.

SOALAN 4 : Bagaimanakah cara melanggan pelan data FAT?
Pelan data FAT boleh dilanggan melalui :
a) SMS dengan menghantar kod langganan pilihan ke 23388 atau 22111.
b) Menu Mudah USSD – dail *150# untuk melanggan / mengaktifkan data pilihan.
c) Portal Self-Care
d) Aplikasi MyXOX
Kod Langganan : Sila rujuk Soalan 1

SOALAN 5 : Bagaimanakah cara untuk menyemak baki pelan data / status?
Boleh disemak melalui:-
a) SMS dengan menghantar BAL ke 23388 atau 22111.
b) Menu Mudah USSD dengan mendail *150*1#
c) Portal- Self-Care
d) Aplikasi MyXOX

SOALAN 6 : Adakah saya akan menerima SMS peringatan sekiranya pelan data saya hampir tamat?
Anda akan menerima SMS peringatan apabila penggunaan data mencapai 80% dan 100%. Anda juga akan menerima notis sehari sebelum tempoh langganan data tamat bagi langganan bulanan dan mingguan, tidak termasuk langganan data harian (24jam).

SOALAN 7 : Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak menghabiskan kuota data dalam tempoh yang ditetapkan?
Kuota data berkenaan akan ditamatkan pada tarikh akhir langganan. Sekiranya anda melanggan pelan data bulanan, kuota data akan diperbaharui pada tarikh pembaharuan berikutnya.

SOALAN 8 : Apa yang patut saya lakukan sekiranya penggunaan data mencapai 100% penggunaan sebelum tempoh akhir langganan data?
Anda boleh memilih sama ada untuk membeli data Add-On ATAU melanggan semula mana-mana pelan data FAT; harian, mingguan atau bulanan.

SOALAN 9 : Bolehkah saya mengaktifkan / melanggan pelan data FAT menggunakan kaunter Season Pass?
Ya. Anda boleh mengaktifkan / melanggan pelan data FAT menggunakan kaunter Season Pass KECUALI pelan data harian 1GB. Pelan data harian 1GB hanya boleh dilanggan melalui akaun kredit prabayar anda sahaja.

Kesemua PENGAKTIFAN / PEMBAHARUAN AUTOMATIK pelan data FAT akan ditolak menggunakan kaunter Season Pass terlebih dahulu.

SOALAN 10 : Adakah Onexox menyediakan pakej promosi data atau internet?

Dengan pembelian Season Pass FAT (10GB atau 5GB), pelanggan kini boleh mendapatkan tambahan data PERCUMA daripada Onexox – iaitu tambahan data serta-merta diaktifkan sama ada 10GB atau 5GB – berdasarkan langganan PERTAMA! (contoh : SP FAT10 – Pelanggan akan menerima 10GB dimasukkan ke akaun Season Pass + 10GB diaktifkan serta-merta)

Lihat detail promosi di sini PAKEJ DATA ONEXOXonexox

promo-FAT10-FAT5-one-xox

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN 11 : Adakah pelan data internet ONEXOX bersifat ‘unlimited’?
TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa kawalan kelajuan) sehingga 7mbps muat turun mengikut had kuota data/hari yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk kepada ‘yang mana sampai dulu’ iaitu sama ada had kuota data mencapai penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.

 

SEASON PASS ONEXOX

SOALAN 1 : Apa itu Plan SEASON PASS ONEXOX?

✔ Plan yang diperkenalkan oleh XOX Mobile sebagai penyedia perkhidmatan ONEXOX bermula pada 1 Ogos 2016.
✔ Merupakan satu plan yang memberi LEBIH PENJIMATAN kepada pengguna.
✔ Boleh diklasifikasikan sebagai BANK SIMPANAN STOK Data, SMS dan Minit Panggilan.
✔ Satu-satunya plan yang tidak ada pada mana-mana telco lain.

 

SOALAN 2 : Siapakah yang boleh melanggan SEASON PASS ONEXOX?

Semua pelanggan XOX Mobile (prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun, & ONEXOX)

 

SOALAN 3 : Apa yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA dalam langganan Plan SEASON PASS?

Belian dilakukan secara pukal atau belian borong yang mana belian dengan kaedah tersebut lebih murah berbanding langganan plan biasa. Sebagai contoh: Harga data plan biase RM38 untuk 1GB kuota internet. Manakala salah satu pakej belian data di dalam Plan SEASON PASS RM109.90 untuk 8GB kuota internet. Jika dibuat kiraan RM109.90/8GB bersamaan dengan RM13.75 untuk 1GB. Ianya 3 kali ganda PENJIMATAN berbanding pakej biasa. Dalam pakej itu juga diberikan secara PERCUMA 50 MINIT PANGGILAN ke SEMUA RANGKAIAN. Itulah yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA yang kami tawarkan.

 

SOALAN 4 : Berapa lama tempoh sah Plan SEASON PASS ONEXOX?

ONEXOX merupakan telco pertama yang memberi secara PERCUMA validity atau tempoh sah kredit yang panjang dengan permulaan 28 bulan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Oleh itu, validity bagi SEASON PASS juga adalah sama dengan validity kredit anda. Jika Tarikh sah kredit anda sehingga tahun 2021, maka validity data, SMS & minit panggilan di dalam SEASON PASS juga sehingga tahun 2021. Ini bermakna data di dalam SEASON PASS yang belum diaktifkan bersifat TAHAN LAMA serta tidak akan berkurangan selagi data tidak diaktifkan.

 

SOALAN 5 : Adakah SEASON PASS boleh dikongsi dan berapa banyak perkongsian boleh dibenarkan?

Ya. Data, SMS & minit panggilan yang ada dalam SEASON PASS ONEXOX boleh dikongsi dengan seramai mungkin kenalan anda. Manakala kenalan anda yang menerima perkongsian daripada anda pula boleh berkongsi dengan kenalan mereka yang lain. Tiada Had perkongsian untuk SMS & minit panggilan manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran. Setiap sms untuk perkongsian sama ada data, SMS atau minit panggilan akan dikenakan caj 50 sen kepada penghantar untuk sekali sms penghantaran. Perkongsian yang dihantar akan terus masuk ke akaun SEASON PASS kenalan anda. Untuk lebih penjimatan, anda boleh menghantar perkongsian secara serentak atau sekali gus dengan 1 sms penghantaran bagi ketiga-tiga item iaitu data, SMS dan minit panggilan.

 

SOALAN 6 : Saya hanya pengguna biasa yang tak menggunakan internet, bolehkah saya melanggan Plan SEASON PASS ONEXOX?

Ya. Kami juga menawarkan pakej minit panggilan sahaja dan diberikan PERCUMA sms. Minit panggilan adalah panggilan ke SEMUA RANGKAIAN manakala sms percuma hanya untuk sesama rangkaian. Pakej yang kami tawarkan adalah serendah 10 sen/minit. 3 pakej yang ditawarkan khas untuk anda iaitu pakej minit panggilan, pakej data & pakej gabungan data dan panggilan. Sila rujuk link berikut untuk ketahui pakej lengkap SEASON PASS ONEXOX. http://xoxprepaidplan.com/onexox-season-pass/season-pass-onexox

 

SOALAN 7 : Selepas saya melanggan Plan SEASON PASS adakah data terus boleh digunakan?

Tidak. Data di dalam SEASON PASS perlu diaktifkan terlebih dahulu. Untuk mengaktifkan data di dalam SEASON PASS, anda hanya perlu membuat langganan data yang terdapat di dalam easy menu *150#. Sebagai contoh; anda ingin melanggan data 500mb, jadi anda perlu memilih langganan 500mb/30 hari yang terdapat dalam easy menu *150#. Setelah berjaya dilanggan, barulah data tersebut aktif dan boleh digunakan. Baki data yang ada di dalam SEASON PASS masih lagi disimpan dan bersifat tidak aktif. Bagi minit panggilan dan SMS pula, ianya terus aktif dan boleh digunakan. Ini bermaksud setelah SEASON PASS dilanggan, jika langganan tersebut terdapat minit panggilan dan sms, ianya akan digunapakai terlebih dahulu manakala kredit sama ada dalam akaun DA atau MA tidak ditolak selagi minit panggilan dan sms masih berbaki di dalam SEASON PASS. Secara mudahnya, hanya data sahaja yg bersifat tidak aktif selagi anda tidak membuat langganan pakej data manakala minit panggilan dan sms terus aktif selepas langganan SEASON PASS dibuat.

 

SOALAN 8 : Adakah validiti SEASON PASS sama dengan validiti langganan data selepas diaktifkan?

Tidak. Validiti SEASON PASS adalah mengikut tarikh luput kredit anda manakala validiti data yang telah diaktifkan atau dilanggan adalah mengikut tempoh masa langganan tersebut. Contohnya, anda membuat langganan 1GB/30 hari, maka tempoh sah langganan data itu adalah 30 hari. Data akan ditamatkan setelah mencapai 30 hari penggunaan. Anda akan menerima SMS peringtatan setelah 80% penggunaan dan anda juga akan menerima SMS 100% penggunaan atau 24 jam sebelum tempoh masa langganan tamat.

 

SOALAN 9 : Jika saya membuat langganan pakej SP D3 (Data 18GB + 150 minit panggilan PERCUMA) tetapi saya tidak mahu menggunakan minit panggilan percuma tersebut. Adakah semua minit panggilan percuma itu boleh dikongsi kepada kenalan saya?

Ya. Semua item yang ada di dalam SEASON PASS boleh dikongsi sama ada ianya pakej belian atau diberi percuma. Tiada Had perkongsian untuk SMS & minit panggilan manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran.

 

PELUANG PERNIAGAAN MINI TELCO ONEXOX

SOALAN 1 : Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?
Dapatkan SIMKAD ini terlebih dahulu. Dan selepas itu sila call/SMS/WhatsApp/Telegram 010-7946587 untuk info lanjut. Anda juga boleh terus ke laman tempahan berikut http://www.xoxprepaidplan.com/daftar

SOALAN 2 : Apakah kelebihan jika saya daftar sebagai subdealer Onexox?
✔ Sistem full access ke onesys.onexox.my
✔ PERCUMA 5 keping simkad
✔ Layak komisen hingga Tier 2
✔ PERCUMA website promosi bernilai RM499
✔ PERCUMA sistem admin bernilai RM150
✔ SERTAI komuniti PERCUMA (FREE SUPPORT) bernilai RM150
✔ Layak Cabutan Bonanza OPPO Joy Smartphone
✔ Percuma Landing Page ONE XOX
✔ PERCUMA Pendaftaran Agen Topup Easyreload
✔ FULLY ACCESS untuk PRODUK KILLER
✔ Berpeluang menjana pendapatan 4 hingga 5 angka setiap bulan.
Lihat tawaran sebagai Subdealer Onexox di sini : BONUS PENDAFTARAN SUBDEALER onexox

SOALAN 3 : Boleh lihat bukti pendapatan mereka yang dah join perniagaan ini?
YA. Anda boleh lihat bukti pendapatan melalui link berikut http://xoxprepaidplan.com/potensi-pendapatan/

 

KEMPEN DAN PROMOSI TERBARU DARI ONEXOX

SOALAN 1 : Adakah terdapat kempen atau promosi terbaru dari Onexox?
Ya ada. Anda boleh klik link dalam jadual di bawah. Pihak kami akan sentiasa update kempen dan promosi terbaru dari Onexox.

Kempen Black Friday Onexox
Onexox Get Rewarded Campaign 2020