Categories
Blog

ONEXOX Syarikat Telekomunikasi Patuh Syariah

Home » Blog » ONEXOX Syarikat Telekomunikasi Patuh Syariah

Tahukah anda simkad ONEXOX merupakan produk MUSLIM. Paling menarik syarikat ONEXOX adalah syarikat telco pertama di MALAYSIA yang mempunyai PANEL SYARIAH. Terbukti ONEXOX Patuh Syariah. Pengiktirafan Patuh Syariah ini adalah satu langkah yang diambil syarikat ONEXOX untuk memastikan plan perkhidmatan ONEXOX berlandaskan tuntutan syariah. Untuk memenuhi kriteria patuh syariah, plan ONEXOX tidak mengamalkan sebarang bentuk penindasan seperti caj-caj tersembunyi, caj berlebihan dan sebagainya.

Siapakah CEO ONEXOX?

CEO-ONEXOX-PATUH-SYARIAH
CEO Syarikat Telekomunikasi MVNO ONEXOX,
En. Bobie Farid Bin Shamsuddin

Profil Syarikat

One XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) sejak tahun 2005. Ditubuhkan pada 2014, secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.

ONEXOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan, tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang sentiasa mencari alternatif penjimatan.

Di samping penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi ‘sebenar’ mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.

One XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan yang ditawarkan.

VISI

Menjadi perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada pengedar. Anda boleh klik button di bawah untuk lihat pelan pemasaran sebagai seorang pengedar simkad ONEXOX.

OBJEKTIF

  1. Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk.
  2. Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
  3. Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
  4. Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat setempat melalui program insentif pengedar.
  5. Menyumbang kepada pertumbuhan sektor ICT yang sejajar dengan matlamat kerajaan.

Antara kriteria yang paling menarik, ONEXOX menyediakan perkhidmatan DATA INTERNET UNLIMITED SPEED (tiada sekatan kelajuan), carry forward dan panggilan tanpa had untuk beberapa pakej BLACK ONEXOX. Selain itu juga ONEXOX menawarkan tempoh sah kredit paling panjang di Malaysia untuk pengguna prepaid.

ONEXOX telah mencipta INOVASI TERKINI untuk plan PRABAYAR dan PASCA BAYAR di Malaysia. Ayuh sokong produk Muslim. ONEXOX Patuh Syariah!!